Showing posts with label Walit Stevia. Show all posts
Showing posts with label Walit Stevia. Show all posts

DNA Energy Walit Stevia

Posted by admin


Stevia Pemanis Semulajadi


Pengenalan


Stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr.Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya sebagai Stevia Rebuadiani Bertoni sebagai pennghormatan kepada ahli kimia Paraguay. Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis adalah stevia dari spesies Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf atau sweet herb.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan adalah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Daunya berbentuk bujur. Batangnya halus dann bergerutu. Dalam keadaan optimum Stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil warna putih.


Kegunaan Stevia

Kegunaan Stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada kurun ke-19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay yang bernama Moises S.Bertoni yang kemudiannya menulius antara artikel-artikel awal mengenai Stevia pada awal kurun ke-19. Ciri yang paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.

Kajian terhadap toksidnya,mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan.

Khasiat Stevia

  1. Mengimbangi kandungan gula dalam badan.
  2. Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia.
  3. Melawaskan pembuangan air kencing.
  4. Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan.
  5. Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda.
  6. Membantu sistem penghadaman makanan.
  7. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
  8. Berupaya mengawal berat badan (Obesiti).
  9. Mengurangkan masalah keradangan
 

Powered By Blogger Widgets